Thursday 16 March 2017

Review: PhD Mama

sumber : klik di sini
Tajuk : PhD Mama
Penulis : Dr. Nik Salida Suhaila Nik Salleh & Bahruddin Bekri
ISBN : 9789674119072
Penerbit: PTS Publications
Tahun : 2017
Halaman: 163
Harga : RM16.00(SM)/RM18.00(SS)

MAMA adalah pendidik terbaik,

Pendidik yang penyayang tetapi tegas,

Setinggi mana pelajaran MAMA,

Sesibuk mana kerjaya MAMA,

MAMA tetap sentiasa ada.

Perkongsian rutin seorang ibu, isteri, dan pelajar yang menyambung phD di UK selama tiga tahun setengah. Pelbagai info menarik negara UK yang dikongsi bersama termasuk pengalaman pahit manis bagi mendapatkan phD bersama keluarga tercinta yang sentiasa di sisi.
(sumber: goodreads) 
Saya tertarik untuk membeli buku kerana tajuknya PhD Mama. Teringin juga hendak tahu pengalaman orang melanjutkan pelajaran terutamanya ke tahap PhD di negara luar. Bolehlah mengutip semangat mereka yang telah berjaya mengharungi segala rintangan dalam mencari ilmu. 

Banyak pengalaman dan fakta menarik dikongsikan dalam buku ini. Antaranya:
  1. Pentingnya sokongan orang terdekat atau keluarga. Suami Dr Salida (penulis) sanggup bercuti tanpa gaji demi menemani beliau ke UK bersama dua orang anak.
  2. Disiplin diri yang kuat perlu untuk mencapai kejayaan. Penulis mewajibkan dirinya belajar 10 jam  setiap hari!
  3. Rebut semua peluang yang ada. Penulis mengikuti kelas yang dia tidak daftar semata-mata untuk menambah ilmu.
  4. UK sebuah negara kebajikan. Walaupun GST negara itu tinggi tetapi bahan asasnya tidak dikenakan GST.
  5. Pelajar mengandung di UK disediakan tempat khas untuk menjaga mereka dan bukannya disuruh berhenti sekolah. 
  6. Di UK juga, pelajar dari usia 4 hingga 12 tahun langsung tidak ada peperiksaan.
  7. Pengalaman berhari raya di UK. Suami penulis  perlu menangkap sendiri kambing untuk dijadikan daging korban. 
  8. Sukarelawan untuk sekolah. Suami pengetua sekolah anak penulis menjadi tukang kebun sukarelawan di sekolah tersebut setelah bersara.
  9. Perlu berdisiplin mengurus masa sekiranya ingin berjaya. 
  10. Usaha dan pengorbanan perlu untuk mencapai kejayaan.
Buku ini saya habiskan bacaan dalam sehari sahaja. Melalui pengalaman yang dikongsi, sekurang-kurangya dapat membuka minda tentang persiapan dan jangkaan sekiranya ingin melanjutkan pelajaran di luar negara. Tidak dinafikan banyak cabaran yang dihadapi oleh penulis demi menggenggam segulung ijazah di sana. Rasa tidak puas membaca kisah-kisah penulis dalam buku ini. 

Saya berharap akan ada lagi buku sebegini diterbitkan pada masa akan datang. Mungkin boleh dibahagikan kepada bahagian tertentu yang lebih terperinci seperti bahagian persediaan sebelum ke luar negara dan semasa di sana. Alangkah baiknya jika buku ini turut menyelitkan sedikit foto-foto yang berkaitan.  Saya beri 3 1/2 bintang untuk buku ini.

No comments:

Post a Comment