Saturday 18 February 2017

Komik Tintin Lagi: REVIEW THE CRAB WITH THE GOLDEN CLAWS


sumber : Google

Antara cerita yang saya suka dalam siri Tintin. Baca berulang kali pun tak jemu. Pengembaraan Tintin bermula apabila dia menyiasat kes kematian seorang lelakiPetunjuk yang ada hanyalah cebisan kertas pembalut ketam dalam tin yang ditemui secara tidak sengaja oleh Snowy pada awal cerita. 
Tintin telah dipertemukan dengan bakal teman baiknya, Captain Haddock apabila dia diculik dengan kapal suspek. Captain Haddock merupakan kapten kapal yang juga kaki botol tidak mengetahui kapalnya telah disalahgunakan untuk menyeludup opium. 
Tintin dan Captain Haddock telah terdampar di tengah-tengah gurun Sahara. Captain Haddock yang masih mabuk dan dahaga telah mengalami halusinasi. Dia melihat Tintin seperti sebotol minuman yang besar! Mujurlah si Snowy menyelamatkan Tintin. 
sumber: Google
Dalam cerita ini, telatah Captain Haddock yang suka menyumpah-nyumpah dengan perkataan yang melucukan. Selain itu, ketagihannya minum minuman keras telah menyebabkan dia dan Tintin kerap dilanda masalah sepanjang pengembaraan kali ini. Seperti biasa, sindiket penyeludupan opium berjaya ditumpaskan oleh Tintin dengan bantuan Snowy dan Captain Haddock. 
Kisah pengembaraan Tintin kali ini saya beri 5 bintang. 

No comments:

Post a Comment